Friday, September 19, 2008

Bahasa Ibunda

Sudah lama tidak menulis dalam Bahasa Melayu, tiba-tiba terasa rindu.Buat kali kedua, aku cuba menulis. Ketika di tingkatan 5, belajar KOMSAS, Di Hadapan Pulau, karya A. Samad Said, aku mula mengenal frasa "orang jakun" yang selalu digembar-gembur oleh orang kampung Aziz. Sungguh indah kenangan mendalami bahasa sendiri di bangku sekolah. Guru Bahasa Melayu, Cikgu Baruddin pernah memuji aku kerana aku suka mengaplikasikan perkataan-perkataan bombastik di dalam karangan aku. Ya, sedikit perasan. Tapi suka hati lah ini blog aku.

Aku bangga dengan bahasa ibunda aku. Bahasa turun-temurun yang sangat unik, diselitkan dengan bahasa Sanskrit, Arab, Jawa sebelum Portugis celaka menjajah pada 1511. Aku bangga untuk bertutur dalam bahasa sendiri. Apabila Suruhanjaya Reid mencanangkan bahawa termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Artikel 152), Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, aku bangga, kerana ini bangsa nenek moyang aku.

Bukan bermakna aku mengagungkan propaganda 'Ketuanan Melayu' yang palsu.

Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Aku lebih gemar dengan istilah Bahasa Malaysia (tidak begitu pasti istilah mana yang terpakai sekarang), kerana ini memanifestasikan Bangsa Malaysia. Bahasa yang patut juga menjadi milik kaum Cina,kaum India, kaum orang Asal, suku-suku kaum lain di Sabah dan Sarawak, setelah asimilasi kaum selama lebih beberapa abad. 'Bahasa Malaysia' sekarang bukan sahaja menjadi medium perantaraan orang Melayu, tetapi juga ketika memesan makanan di kedai mamak, mahupun berurusniaga dengan tauke-tauke cina.

Bahasa ibunda sudah jadi 'universal'.

Sangat menyedihkan, bila ada kaum-kaum sendiri malu untuk berbahasa Melayu. Seperti yang pernah didengar;

"I sound silly when I speak in Malay", ataupun frasa-frasa yang sewaktu dengannya, waimanya membawa makna yang sama.

Kenapa malu? Hina sangatkah?

Kalau Bahasa Inggeris fasih seperti peluru, itu boleh dipertimbangkan. Tetapi, Bahasa Inggeris masih tunggang-langgang, malu pula untuk mengaku tidak tahu bahasa sendiri. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Aku ada seorang kawan, berbangsa Cina. Walaupun fasih berbahasa Inggeris dan boleh bertutur Mandarin, masih juga fasih berbahasa Melayu. Ini medium pertuturan kami. Lihat, bangsa lain tidak malupun.

Bagi aku, walaupun dalam arus pemodenan kita harus menguasai bahasa Inggeris untuk bersaing, kita tidak patut lupa pada bahasa asal kita. Aku memperoleh A1 untuk Bahasa Melayu, dan juga A1 Bahasa Inggeris (walaupun SPM bukan kayu justifikasi). Sedikit riak? Tak kisah, ini wacana aku, untuk aku merepek dan menyuarakan pendapat aku. Bagi aku, keseimbangan itu penting. Tak kisah lah aku tak termasuk golongan ala-ala "Upper East Side of Hampthon".

Dari berbincang tentang isu-isu 'ketuanan Melayu', mahupun 'tiga garisan' yang kononnya membela nasib kaum Melayu, ataupun 'Malay Power', lebih baik kita mengutarakan isu bahasa Melayu yang kian terhakis.

10 comments:

Nayrell said...

Hanim,mcm reffering to someone je this article...izzati dh told me bout the gossip...ahahaha

Wan Farhanim said...

erk?what gossip?
"saya lupa"
hehe

*jgn defame-defame dkt sini.nnt kena sumpah laknat.:P

Dan sAya FaNa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Wan Farhanim said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

wah!
kemas molek bm demo.
gayo yb doh nih.
haha~

Anonymous said...

asimilasi

suka perkataan itu

Wan Farhanim said...

hanis:hahhahaa...yb nah!aku wi ko mung la.gati saifudin nasution.ahli parlimen mache.buleh doh tu rajin sapa gi round pasa borong..hahahha

anonymous:trima kasih.siapa?

pjoe said...

anon itu saya
lupa nk sign in
haha

Anasir said...

melayu-melayu lupa diri ni bila kat bukit bintang ; KLCC ; bangsar village ; di restoran2 mewah ; yang membuat panggilan talian 1111(kerja lama aku), etc mesti nak bertutur dalam (broken) English..
kenapa?
Nak jaga status atau nak fit in atau nak menunjuk?
Tak salah pun kalo cakap melayu di mana2 tempat di Malaysia..
Kebanyak mereka pun memulakan ayat English mereka dengan perkataan 'actually'!

*tak bermaksud nak jadi negatif untuk mereka yang cenderung untuk belajar

Wan Farhanim said...

anasir:emm,nama anda encik nasir kan?rasa pnah dgr.kwn pjoe kan?
yezza they start with "actually kan" atau "well".mungkin motive utk menunjuk-nunjuk atau jaga status.kedua-duanya possible la.:)